Selamat Datang

Selamat Datang ke
Blog UBK SK Telok Bahang
dan terima kasih atas kunjungan anda.Sebarang pendapat, komen,idea atau kritikan adalah dialu -alukan.

Sunday 10 July 2011

Kem Kepimpinan Pengawas 2011

Taklimat dari pegawai Taman Negara

 Peserta memulakan pandakian

 Diatas puncak bukit

 Antara trek yang harus dilalui oleh peserta

Peserta telah siap membina khemah


 Pemandangan Pantai Kerachut di waktu petang

 Makan malam

 Taklimat aktiviti dan ice breaking

 Senaman pagi

 Duduk dihadapan:Cg Junaidah,Ustz Adib,Ustz Sofri
Berdiri di belakang:Cg Sharidah,Cg Azizah,Cg Azahari

 Guru membantu menyelia makanan peserta

"Island Tour"

Unit Hal Ehwal Murid SK Telok Bahang dengan kerjasama badan displin sekolah dan badan pengawas sekolah serta unit bimbingan dan kaunseling  telah melaksanakan satu program iaitu Kursus Kepimpinan yang melibatkan semua pengawas sekolah. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pemimpin - pemimpin di sekolah ini agar mereka akan lebih berkeyakinan, mempunyai semangat jati diri yang kental,bekerjasama,mempunyai kekuatan mental dan ketahanan emosi dalam mengharungi kehidupan seharian dan cabaran hidup semasa menjalankan tugas.  Sepanjang perjalanan Kursus ini, semua peserta kursus melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dilaksanakan yang dikendalikan oleh beberapa fasilitator dari Taman Negara.Kem Kepimpinan Pengawas ini telah diadakan pada 20 - 22 Mei 2011 dengan kerjasama Taman Negara Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan bagi menguji daya kepimpinan dan kerjasama di kalangan pengawas sekolah. Peserta diiringi oleh Guru Badan Pengawas, Encik Hailmi bin Othman, Guru Badan Displin Encik Mohd Sofri bin Wahab, Guru Bimbingan dan Kaunseling Cik Junaidah binti Ismail dan beberapa orang lagi guru pengiring bagi membantu memantau dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Jutaan terima kasih kepada pihak Taman Negara Pulau Pinang dan diharap semoga aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment